Dasar Privasi

1. PENGENALAN

(a) Ini adalah dasar privasi (“Dasar Privasi”) syarikat Xamble Creators Sdn Bhd dengan syarikat/jenama dan agensi yang berkaitan, bersekutu atau merupakan rakan kongsi kepadanya. Entiti-entiti tersebut secara kolektif akan dirujuk sebagai “Xamble Creators” atau “kami” . Xamble Creators berjanji untuk menghormati dan melindungi hak privasi anda atas talian. Dasar Privasi ini menerangkan amalan-amalan kami mengenai pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemindahan data peribadi anda.
(b) Dasar Privasi ini membentuk sebahagian Terma-Terma Perkhidmatan Xamble Creators. Akses anda kepada Platform dan/atau penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Terma-Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi ini. Frasa-frasa yang tidak diperuntuk definisi khusus dalam Dasar Privasi ini akan membawa maksud yang sama seperti yang diperuntuk dalam Terma-Terma Perkhidmatan.
(c) Untuk memproses, mentadbir dan/atau mengurus hubungan anda dengan kami, kami semestinya diperlukan untuk mengumpul, mengguna, mendedah dan/atau memproses data peribadi anda. Dasar Privasi ini adalah terpakai untuk data peribadi anda dan/atau data peribadi individu-individu yang dibekalkan oleh anda, diproseskan oleh kami atau diperolehi oleh kami sama ada pada waktu sekarang atau pada masa yang akan datang. Kami hanya akan memproses data peribadi anda berdasarkan undang-undang perlindungan data peribadi dan privasi yang berkuatkuasa di negara-negara yang mana kami beroperasi, dan juga berdasarkan Dasar Privasi ini.
(d) Sekiranya anda ialah sebuah syarikat, entiti atau organisasi, frasa “anda” dalam Dasar Privasi ini adalah termasuk pekerja, kontraktor bebas, wakil dan ejen anda.
(e) Dengan mengakses, menyemak, memuat turun dan/atau mengguna Platform dan/atau Perkhidmatan, atau dengan berurusan dengan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini dan bersetuju dengan kami untuk memproses data peribadi anda berdasarkan amalan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini yang akan dipinda dari masa ke masa.
(f) Kami boleh mengemaskini atau menyemak semula Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang telah dikemaskini atau disemak semula atas Platform. Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, segala kemaskini atau semakan semula terma akan berkuatkuasa dengan serta-merta. Akses berterusan dan/atau penggunaan Platform dan/atau Perkhidmatan oleh anda, atau penglibatan dalam urusan dengan kami selepas Dasar Privasi dikemaskini atau disemak semula akan ditafsir sebagai persetujuan anda untuk diikat oleh Dasar Privasi yang telah dikemaskini atau disemak semula.
(f) Kami dikehendaki untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda. Sekiranya anda tidak membekal data peribadi anda kepada kami, atau tidak bersetuju kepada Dasar Privasi ini atau mana-mana pindaan kepadanya, kami berhak untuk tidak membekalkan Perkhidmatan secara penuh, dan anda mungkin diperlukan untuk menamatkan perjanjian dengan kami dan/atau menghentikan segala akses kepada dan penggunaan Platform dan/atau Perkhidmatan.
(f) Salinan asal Dasar Privasi ini adalah disediakan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan didahulukan.

2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

(a) Frasa “data peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat, sama ada direkod dalam bentuk bertulis atau tidak, dan termasuklah segala maklumat yang menunjukkan identiti atau mampu diguna untuk mengenalpasti identiti seseorang (termasuklah pekerja, kontraktor bebas, wakil dan ejen kepada sesebuah syarikat, entity atau pertubuhan).
(b) Data peribadi anda yang boleh kami kumpul adalah seperti yang berikut:
(i) Data peribadi anda yang boleh kami kumpul adalah seperti yang berikut:
(ii) Data hubungan, seperti alamat pengebilan, alamat penghantaran, alamat e-mel dan nombor telefon;
(iii) Data perakaunan, seperti maklumat bank dan kad kredit/debit, e-wallet, butiran pembayaran, maklumat kewangan dan maklumat pekerjaan;
(iv) Data peribadi sensitif, seperti keadaan kesihatan fizikal atau mental, pandangan politik, agama dan kepercayaan yang bersifat serupa, pelakuan atau pendakwaan melakukan kesalahan atau sebarang data peribadi yang diterbit dalam Warta sebagai data peribadi sensitif oleh kementerian yang berkuasa atas perkara-perkara sedemikian. Bagi klausa ini, “Warta” merujuk kepada Warta rasmi Persekutuan dan, setakat mana yang dimaksudkan dalam subseksyen 18(3), termasuk Warta mana-mana negeri;
(v) Data Saluran Media Sosial, seperti bilangan pengikut, jumlah like bagi kandungan-kandungan anda, tahap penglibatan dan data prestasi yang lain;
(vi) Data transaksi, termasuk cara pembayaran, butiran berkenaan pembayaran kepada dan daripada anda atau mana-mana agensi atau syarikat yang berkaitan dengan anda, dan butiran-butiran lain berkenaan perkhidmatan yang dilibatkan oleh anda dengan kami atau melalui kami;
(vii) Data teknikal, seperti alamat protokol internet (IP), data log masuk anda, jenis dan versi pelayar, penetapan zon waktu dan lokasi, jenis dan versi pemalam pelayar, sistem operasi dan platform, pembawa mudah alih, pelokasi sumber seragam (URL) dan teknologi-teknologi lain yang terdapat pada peranti elektronik yang diguna oleh anda untuk mengakses Platform dan/atau Perkhidmatan;
(ix) Data komunikasi, seperti individu atau Komuniti yang anda berkomunikasi dengan melalui fungsi sembang peribadi, fungsi sembang Komuniti, konsistensi penglibatan anda dan jenis sembang Komuniti yang anda terlibat dalam;
(x) Mesej tidak dihantar jika mesej tidak dapat dihantar dengan segera;
(xi) Penyampaian media, supaya penyampaian seterusnya akan disampaikan dengan lebih cekap;
(xii) Draf, Pos dan sebarang maklumat yang anda bekal apabila kamu menyerahkannya kepada Pemilik Kempen berikutan penyertaan anda dalam mesyuarat, acara, aktiviti, kempen, pertandingan atau aktiviti promosi;
(xiii) Data penggunaan, seperti maklumat berkenaan bagaimana anda mengguna Platform dan/atau Perkhidmatan dan bahasa pilihan anda apabila mengguna perkhidmatan terjemahan pihak ketiga; dan/atau
(xiiii) Data pemasaran dan komunikasi, seperti keutamaan anda dalam menerima pemasaran kami dan pihak ketiga dan keutamaan komunikasi anda.
Jenis data peribadi yang kami kumpul adalah bergantung pada tujuan pengumpulan. Kami boleh mengumpul data peribadi anda dengan cara mengumpul, rekod, mengubah, memegang, menyimpan, memindah, memadam, membetul, mendapat semula, memusnah, menyelaras, menggabung, mendedah dan/atau memadamkannya.
(c) Selain itu, kami juga boleh menerima, menyimpan, dan memproses data peribadi anda yang dibekalkan atau disediakan oleh pihak ketiga yang telah anda beri kuasa kepadanya, perbadanan rujukan kredit/laporan kredit, pihak berkuasa peraturan dan pelaksanaan undang-undang, bagi tujuan pembekalan Perkhidmatan, pelaksanaan terma perjanjian-perjanjian dan/atau mematuhi kewajipan peraturan dan undang-undang kami;
(i) Apabila anda mendaftar Akaun dengan kami;
(ii) Apabila anda menyambungkan Saluran Media Sosial anda;
(iii) Apabila anda menghubungi kami melalui sembang perkhidmatan pelanggan kami;
(iv) Apabila anda menyerah sebarang borang kepada kami, termasuk (tetapi tidak terbatas kepada) borang permohonan atau borang pendaftaran;
(v) Apabila anda membuat sebarang perjanjian atau membekal sebarang dokumen atau maklumat berkenaan perjanjian tersebut dengan kami atau dengan Pemilik Kempen melalui kami;
(vi) Apabila anda mengguna produk, perkhidmatan atau cagaran pemasaran kami atau Pemilik Kempen;
(vii) pabila anda menyertai mesyuarat, acara, aktiviti, kempen, pertandingan atau aktiviti promosi;
(ix) Apabila anda mengikut, like atau memberi reaksi kepada laman media sosial Xamble Creators; dan/atau
(x) Mana-mana sumber dan direktori awam yang sedia ada.
(d) Data peribadi anda yang boleh kami kumpul adalah seperti yang berikut:
(e) Anda perlu menyerahkan data peribadi yang tepat dan tidak mengelirukan, dan anda perlu memastikan data peribadi yang dibekalkan adalah data peribadi yang terkini dan memaklumkan kami sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap data peribadi tersebut, Xamble Creators akan menganggap bahawa semua data peribadi yang telah dibekal / dikemas kini adalah benar dan tepat. Sebagai sebahagian proses pengesahan kami, kami berhak untuk meminta dokumen untuk mengesahkan data peribadi yang anda bekal.
(f) Sekiranya anda membekalkan sebarang data peribadi pihak ketiga kepada kami, anda memberi representasi dan jaminan bahawa anda telah memperolehi kebenaran pihak ketiga yang diperlukan untuk mengongsi dan memindah data peribadinya kepada kami, dan untuk kami mengumpul, mengguna dan mendedah data tersebut menurut Dasar Privasi ini.

3. TUJUAN MEMPEROLEHI DAN MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA

(a) Data peribadi yang anda bekalkan/sediakan kepada kami atau kami kumpul daripada anda atau mana-mana sumber setakat mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan pemerolehan atau pengumpulan pada masa itu, boleh diproses untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan ”):
Sekiranya anda adalah Pengguna Xamble Creators:
(i) untuk mendaftar dan mentadbir Akaun anda dengan kami;
(ii) untuk memproses, mengurus atau mengesah identiti anda;
(iii) untuk membekal, menjaga dan memajukan Platform dan/atau Perkhidmatan kepada anda;
(iv) untuk memproses pembayaran anda bagi tujuan memproseskan pembayaran kempen;
(v) untuk berurusan dengan atau melancarkan khidmat pelanggan, melaksanakan arahan anda, berurusan dengan atau membalas kepada sebarang enkuiri, permintaan atau aduan yang anda buat (atau kononnya, anda buat) atau dibuat oleh pihak lain mewakili anda;
(vi) untuk mencadangkan Komuniti untuk anda melibatkan diri berdasarkan minat anda dan Komuniti yang anda telah sertai;
(vii) untuk memperibadikan dan menambah baik pengalaman anda berkenaan penggunaan Platform dan/atau Perkhidmatan;
(ix) untuk melaksanakan analisis pemasaran dalaman, aktiviti-aktiviti pemprofilan pengguna, analisis corak dan pilihan pengguna-pengguna, analisis penggunaan dan aliran aktiviti-aktiviti berkenaan Platform dan/atau Perkhidmatan dan juga demografi pengguna-pengguna kami (atas dasar tanpa nama);
(x) untuk melaksanakan usaha wajar atau aktiviti-aktiviti saringan (termasuk tetapi tidak terbatas kepada pemeriksaan latar belakang) menurut kewajipan peraturan dan undang-undang atau berdasarkan prosedur pengurusan risiko kami yang diwajibkan oleh peruntukan undang-undang atau yang kami tetapkan;
(xi) untuk melindungi dan/atau menguatkuasakan hak undang-undang dan kepentingan kami, termasuklah membela terhadap sebarang tuntutan;
(xii) untuk memenuhi kewajipan peraturan dan undang-undang kami di bawah peruntukan undang-undang yang berkenaan, perundangan bertulis, peraturan atau perintah mahkamah;
(xiii) untuk memenuhi atau menepati sebarang permintaan atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan/pelaksanaan undang-undang atau untuk membalas kepada permintaan maklumat daripada agensi awam, kementerian, perbadanan berkanun atau pihak-pihak berkuasa yang lain;
(xiv) untuk mengesan, menyiasat dan mencegah segala transaksi yang mencurigakan, penipuan, aktiviti haram atau yang dilarangkan, peninggalan, salah laku atau penyalahgunaan Platform dan/atau Perkhidmatan, sama ada berkenaan dengan penggunaan Platform dan/atau Perkhidmatan oleh anda atau mana-mana perkara yang timbul daripada hubungan anda dengan kami, dan sama ada terdapat sebarang syak wasangka terhadap perkara yang disebutkan di atas atau tidak;
(xiv) bagi tujuan pentadbiran dalaman dan pengemaskinian, seperti pengauditan, analisis data, penyimpanan rekod, senarai kenalan, pengurusan risiko, keselamatan, dan sebagainya;
(xiv) bagi tujuan penyimpanan, sandaran hosting (sama ada untuk pemulihan bencana atau tidak) bagi data peribadi anda, sama ada dalam atau di luar negara anda;
(xiv) untuk melaksanakan proses membuat keputusan automatik selaras dengan mana-mana tujuan yang diperuntuk di sini;
(xiv) bagi tujuan operasi atau tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan operasi;
(xiv) tujuan-tujuan lain yang dimaklumkan kepada anda pada masa kami memperolehi kebenaran anda;
dan anda bersetuju dan membenarkan kami menggunakan dan memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang diperuntukkan dalam Dasar Privasi ini.
Sekiranya anda rakan kongsi, jenama atau agensi perniagaan/pemasaran Xamble Creators:
(i) untuk melibatkan anda untuk membekal perkhidmatan atas Platform kami;
(ii) untuk memproses sebarang pembayaran yang berkenaan dengan transaksi komersial anda dengan kami;
(iii) untuk berkomunikasi dengan anda dan untuk mengekalkan dan menambahbaik perhubungan pelanggan;
(iv) untuk memberi sokongan kepada anda dan menangani permintaan dan aduan;
(v) untuk melaksanakan semakan rujukan kredit dan menentukan kelayakan kredit anda;
(vi) untuk melaksanakan usaha wajar atau aktiviti-aktiviti pemantauan atau saringan yang lain (termasuklah pemeriksaan latar belakang) mengikut kewajipan peraturan dan undang-undang atau berdasarkan prosedur pengurusan risiko kami yang diwajibkan oleh peruntukan undang-undang atau yang kami tetapkan;
(vii) untuk melindungi dan/atau menguatkuasakan hak dan kepentingan undang-undang kami, termasuklah mempertahankan segala tuntutan;
(ix) untuk mematuhi kewajipan peraturan dan undang-undang kami di bawah peruntukan undang-undang yang berkenaan, perundangan bertulis, peraturan atau perintah mahkamah;
(x) untuk memenuhi atau seperti yang dikehendaki oleh sebarang permintaan atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan/pelaksanaan undang-undang atau untuk membalas kepada permintaan maklumat daripada agensi awam, kementerian, perbadanan berkanun atau pihak-pihak berkuasa yang lain;
(xi) untuk mengesan, menyiasat dan mencegah segala transaksi yang mencurigakan, penipuan, aktiviti haram atau yang dilarangkan, peninggalan, salah laku atau penyalahgunaan Platform dan/atau Perkhidmatan, sama ada berkenaan dengan penggunaan anda terhadap Platform dan/atau Perkhidmatan atau mana-mana perkara yang timbul daripada perhubungan anda dengan kami, dan sama ada terdapat sebarang syak wasangka terhadap perkara yang disebutkan di atas atau tidak;
(xii) untuk memindah atau memberi hak, kepentingan dan kewajipan kami bawah sebarang perjanjian yang anda masuk dengan kami;
(xiii) bagi tujuan pentadbiran dalaman dan pengemaskinian, seperti pengauditan, analisis data, penyimpanan rekod, senarai kenalan, pengurusan risiko, keselamatan, dan sebagainya; dan/atau
(xiv) bagi tujuan penyimpanan, sandaran hosting (sama ada untuk pemulihan bencana atau tidak) bagi data peribadi anda, sama ada dalam atau di luar negara anda;
(b) Kami juga boleh menggunakan dan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran dan promosi yang berikut (“Tujuan-Tujuan Pemasaran dan Promosi”):
(i) untuk menghantar anda maklumat, makluman, pemberitahuan tolak, surat berita, kemaskini, bahan promosi, keistimewaan, pengumuman berkenaan perkhidmatan, acara yang akan datang atau kempen yang ditawar/dianjur oleh kami, atau pihak ketiga (rakan kongsi, jenama atau agensi perniagaan/pemasaran) yang terpilih yang mungkin menarik minat anda;
(ii) untuk menghantar mesej salaman bermusim atau beraya kepada anda;
(iii) untuk memaklum dan menjemput anda ke acara atau aktiviti yang dianjur oleh kami dan/atau pihak ketiga (rakan kongsi, jenama atau agensi perniagaan/pemasaran) yang terpilih yang mungkin menarik minat anda;
(iv) untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara dan untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan kehadiran anda di acara tersebut; dan/atau
(v) untuk berkongsi data peribadi anda dalam organisasi kami dan pihak ketiga yang terpilih kami (rakan kongsi, jenama atau agensi perniagaan/pemasaran) yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan perkhidmatan mereka dari masa ke masa melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, surat, media sosial dan/atau mana-mana saluran komunikasi yang sesuai;
Anda berhak untuk meminta kami berhenti menghantar sebarang bahan pemasaran dan promosi atau menghubungi anda bagi Tujuan-Tujuan Pemasaran dan Promosi pada bila-bila masa. Anda boleh tekan pautan “Unsubscribe” (berhenti melanggan) yang terkandung dalam e-mel pemasaran dan promosi supaya anda tidak lagi menerima sebarang e-mel pemasaran dan promosi pada masa hadapan. Sekiranya anda berhenti melanggan, kami masih mungkin menghantar anda komunikasi yang bukan bersifat pemasaran dan promosi, seperti yang berkenaan dengan Akaun anda, berkenaan Platform dan/atau Perkhidmatan atau hubungan perniagaan lain kami yang berterusan.

Anda berhak untuk menghentikan pemberitahuan tolak kami pada bila-bila masa dengan menukarkan tetapan atas peranti anda.
(c) Sekiranya anda merupakan Pengguna, maklumat profil pengguna anda seperti nama pengguna atau e-mel mungkin akan diguna untuk mengenalpasti anda apabila anda mengguna Platform dan/atau Perkhidmatan. Nama pengguna anda juga akan dipaparkan kepada pengguna-pengguna lain apabila anda menyerah permohonan anda. Kami tidak akan mendedah atau berkongsi e-mel pengguna anda atau maklumat anda yang lain secara langsung tanpa kebenaran anda.
(d) Kami juga boleh mengguna, memproses dan berkongsi data yang bukan bersifat identiti peribadi, diagregatkan, secara statistic dan/atau tanpa nama dengan pihak-pihak ketiga untuk menganalisi dan memajukan strategi pemasaran dan menaik taraf dan membangunkan Platform dan/atau Perkhidmatan.
(e) Anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mengguna dan memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang diperuntukkan dalam Dasar Privasi ini.
(f) Kami akan meminta kebenaran anda secara berasingan bagi tujuan-tujuan lain yang tidak dirangkumi oleh kategori-kategori yang dinyatakan di atas.

4. AKIBAT-AKIBAT ANDA TIDAK BERSETUJU TERHADAP DASAR PRIVASI INI / TIDAK MEMBEKALKAN DATA PERIBADI ANDA

Pengumpulan data peribadi anda oleh kami mungkin bersifat wajib ataupun sukarela, bergantung pada Tujuan-Tujuan data peribadi anda dikumpul. Sekiranya anda wajib membekalkan data peribadi anda kepada kami, dan anda gagal atau enggan membekalkan data tersebut kepada kami, atau tidak bersetuju dengan perkara yang dinyatakan di atas atau Dasar Privasi ini, kami tidak akan membekalkan Platform dan/atau Perkhidmatan kepada anda atau melibatkan anda untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau mewakili kami atau memberi bayaran kepada anda untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang anda bekal (sekiranya anda merupakan rakan kongsi, jenama atau agensi perniagaan/pemasaran, kepada kami).

5. PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

(a) anak syarikat atau syarikat berkaitan dan/atau bersekutu kami;
(b) ahli keluarga terdekat dan/atau orang hubungan kecemasan anda seperti yang dimaklumkan kepada kami pada masa ke masa;
(c) pengganti dalam hak milik kami;
(d) rakan kongsi, jenama dan agensi perniagaan/pemasaran kami;
(e) seseorang di bawah kewajipan kesulitan yang telah mengaku janji untuk menyimpan kesulitan data peribadi anda secara sulit yang telah kami lantikan untuk menunaikan tanggungjawab kami terhadap anda;
(f) mana-mana pihak berkenaan prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang yang akan bakal terjadi;
(g) juruaudit, perunding, peguamcara, akauntan dan penasihat kewangan atau penasihat pakar yang dilantik berkaitan dengan perniagaan kami atas dasar kesulitan yang tegas, dilantik oleh kami untuk membekal perkhidmatan kepada kami; mana-mana pihak yang kami calonkan atau melantik secara bersendirian atau secara bersama dengan pembekal-pembekal perkhidmatan yang lain, yang membekalkan perkhidmatan atau melaksanakan pemprosesan data sebagai wakil kami atau bagi tujuan pemusatan data dan/atau logistik;
(h) pusat-pusat data dan/atau pelayan-pelayan yang terdapat di dalam atau di luar negara anda bagi tujuan-tujuan penyimpanan data;
(i) pembekal perkhidmatan kemudahan penyimpanan dan pengurusan rekod-rekod;
(j) agensi kerajaan, agensi penguatkuasa undang-undang, mahkamah, tribunal, perbadanan kawal selia/profesional, penyelia industri, kementerian, dan/atau agensi atau perbadanan berkanun, pejabat atau majlis perbandaran di mana-mana negara, sekiranya diperlukan atau diberi kuasa untuk membuat sedemikian, bagi memenuhi sebarang undang-undang, peraturan, perintah atau keputusan mahkamah atau tribunal atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkenaan;
(k) agensi rujukan/laporan kredit bagi tujuan melaksanakan pemeriksaan kredit atas anda;
(l) rakan kongsi perniagaan/pemasaran, pihak ketiga yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, jenama atau agen, yang membekalkan perkhidmatan berkenaan perniagaan kami atau sebagai wakil kami atau untuk menyokong kami bagi pembekalan Platform dan/atau Perkhidmatan kepada anda, setakat mana yang perlu diketahui olehnya;
(m) syarikat insuran bagi tujuan memohon dan memperolehi polisi insuran, jika diperlukan;
(n) institusi-institusi kewangan bagi tujuan memohon dan memperolehi kemudahan-kemudahan kredit, jika diperlukan;
(o) bank-bank dan institusi-institusi kewangan, peniaga dan syarikat kad kredit/debit yang terlibat dalam transaksi komersial kami;
(p) orang awam apabila anda menyertai acara-acara atau aktiviti-aktiviti kami, yang berjaya dipilih untuk sesuatu permohonan dan/atau semakan atau ciri-ciri Platform dan/atau Perkhidmatan yang mana boleh dikunjungi oleh orang awam tanpa pampasan bagi tujuan-tujuan pengiklanan dan publisiti;
(q) mana-mana pihak ketiga (dan penasihat-penasihat/wakil-wakilnya) yang terlibat dalam mana-mana penyusunan semula, penggabungan, penjualan, penyatuan, pemerolehan, usahasama, pindahmilik, aktiviti pembiayaan dan/atau penjualan aset/saham berkenaan dengan kesemuanya atau sebahagian daripada perniagaan kami, atau sekiranya berlaku insolvensi, kebankrapan atau jawatan pemegang amanah raya yang tidak mungkin; dan/atau
(r) sesiapa pun yang memerlukannya secara musnasabah supaya kami dapat beroperasi dan menjalankan perniagaan kami atau menjalankan aktiviti-aktiviti yang diperuntukkan dalam Tujuan-Tujuan atau sebagaimana yang diarah/diberi kuasa oleh anda.

6 KETEPATAN DATA PERIBADI ANDA

Kami menganggap bahawa semua data peribadi yang dibekal oleh anda adalah tepat dan lengkap, dan tiada sebarang data adalah mengelirukan atau luput masa. Anda perlu memaklumkan kami dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap data peribadi anda. Sila ambil perhatian bahawa kegagalan anda untuk membekalkan data peribadi yang tepat, lengkap dan terkini boleh menghalang anda daripada mengakses dan mengguna Platform dan/atau Perkhidmatan atau sekiranya ianya berkaitan dengan pengeluaran daripada “Pocket” (iaitu jika maklumat kewangan salah yang dihasilkan adalah luput masa atau tidak tepat), pembayaran mungkin dilewatkan.

7. HAK-HAK ANDA

(a) Setakat mana yang dibenarkan bawah undang-undang perlindungan data peribadi dan privasi yang berkuatkuasa di negara-negara yang kami beroperasi, anda berhak untuk meminta akses terhadap, meminta salinan, meminta pengemaskinian atau pembetulan, data peribadi anda yang dipegang oleh kami. Kami mungkin mengenakan bayaran kecil (jumlah yang dibenarkan bawah undang-undang yang berkuatkuasa) untuk membiayai kos pentadbiran yang ditanggung untuk memproses permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. Tanpa prasangka kepada terma-terma di atas, kami merizabkan segala hak kami untuk bergantung kepada pengecualian berkanun dan/atau pengecualian-pengecualian lain untuk mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda.
(b) Selain daripada terma-terma di atas, anda juga berhak untuk memberi notis secara bertulis kepada kami untuk memaklumkan bahawa kebenaran anda yang diberi terdahulu adalah ditarik balik (secara penuh atau sebahagian daripadanya), tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang berkenaan, terma-terma perjanjian dan bahawa tempoh masa yang munasabah telah diberi sebelum penarikbalikan kebenaran anda berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, penarikbalikan kebenaran anda mungkin menyebabkan kesan-kesan di sisi undang-undang. Dalam keadaan tersebut, tergantung kepada takat penarikbalikan kebenaran anda untuk kami memproses data peribadi anda, ia mungkin menyebabkan kami tidak dapat meneruskan hubungan antara kami dengan anda atau perjanjian antara kami dengan anda perlu ditamatkan.
(c) Tambahan pula, anda berhak, secara notis bertulis, untuk memaklumkan kami supaya kami menghentikan pemprosesan data peribadi anda, atau tidak memulakan pemprosesan data tersebut di mana pemprosesan tersebut menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan kerugian yang substantial dan tidak wajar atau kesulitan terhadap anda atau pihak lain. Anda perlu membukti bahawa pemprosesan data peribadi tersebut berkemungkinan menyebabkan kerugian substantial (sebagai contohnya, kerugian kewangan) atau kesulitan substantial (sebagai contohnya, trauma emosi atau mental) terhadap anda atau pihak lain dan kerugian atau kesulitan tersebut adalah tidak wajar. Kami tidak mengumpul data peribadi anda memandangkan ianya dihalang oleh undang-undang yang berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah memberi kebenaran kepada kami untuk memproseskan data peribadi anda atau sekiranya pemprosesan data tersebut adalah diperlukan (sebagai contohnya, untuk pelaksanaan perjanjian di mana anda adalah salah satu pihak kepadanya, , untuk mematuhi sebarang kewajipan undang-undang yang mana pengguna data adalah subjek kepadanya), anda tidak berhak untuk menghalang pemprosesan data peribadi anda.
(d) Bagi tujuan pemasaran langsung, anda mempunyai hak untuk menghendaki kami sama ada menghentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda melalui pemberian notis bertulis kepada kami. Walaubagaimanapun, kami dibenarkan untuk menjalankan pemasaran langsung terhadap anda dalam keadaan-keadaan yang berikut: (a) sekiranya kami memperolehi kebenaran anda; (b) untuk mengumpul data peribadi anda bagi tujuan pembekalan perkhidmatan; (c) sekiranya anda dimaklumkan bahawa identiti organisasi pemasaran terus dan tujuan pengumpulan dan pendedahan yang berkenaan; (d) sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami kepada anda adalah serupa dengan produk dan perkhidmatan yang biasanya disediakan oleh kami; atau (e) sekiranya kami berjanji untuk memberikan pilihan tarik diri kepada anda semasa pengumpulan data peribadi.
(e) Dengan mengakses, menyemak, memuat turun dan/atau mengguna Platform dan/atau Perkhidmatan, atau dengan berurusan dengan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini dan bersetuju dengan kami untuk memproses data peribadi anda berdasarkan amalan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini yang akan dipinda dari masa ke masa.
Anda boleh membetul, mengemaskini atau memadam data peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengedit profil anda di laman “Tetapan Akaun” pada Platform. Walaubagaimanapun, sila ambil maklum bahawa data peribadi anda boleh disimpan dalam sistem sandaran kami untuk waktu yang tertentu. Tambahan pula, anda tidak boleh memadam maklumat yang berkenaan dengan transaksi lepas dan pengeluaran daripada Pocket anda kerana kami menjejaki rekod tersebut.

8. SIMPANAN DATA PERIBADI ANDA

Mana-mana data peribadi anda yang dibekal kepada kami akan disimpan selagi ianya diperlukan bagi tujuan-tujuan data tersebut dikumpul; data peribadi anda akan dimusnahkan secara kekal sekiranya data peribadi anda tidak lagi diperlukan bagi tujuan-tujuan tersebut melainkan pengekalan selanjutnya diperlukan untuk memenuhi tempoh pengekalan yang lebih lama untuk menepati keperluan operasi, undang-undang, peraturan, percukaian, pengauditan atau perakaunan kami.

9. KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA

(a) Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah disimpan secara selamat. Untuk mengelakkan akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau risiko-risiko lain yang serupa, kami berusaha, setakat mana yang boleh dilaksanakan secara komersial, untuk melaksanakan langkah-langkah teknikal, fizikal, elektronik dan prosedural yang berpatutan menurut peruntukan undang-undang dan peraturan serta standard industri yang berkenaan untuk melindungi dan menghalang pemprosesan tanpa kebenaran atau haram, dan kemusnahan, atau kehilangan secara tidak sengaja, kerosakan, pindaan, pendedahan ta atau akses tanpa kebenaran kepada data peribadi anda.
(b) Kami akan mengemaskini amalan keselamatan terkini kami dari masa ke masa setakat mana yang munasabah dan memastikan pihak-pihak ketiga yang diberikuasa hanya mengguna data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan yang diperuntukkan dalam Dasar Privasi ini. Walaubagaimanapun, kami tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan atau kegagalan pihak-pihak ketiga tersebut berkenaan data peribadi anda.
(c) Internet bukanlah satu medium yang selamat. Walaubagaimanapun, kami akan melaksanakan pelbagai prosedur keselamatan yang munasabah berkenaan Platform dan segala komunikasi elektronik antara anda dengan kami. Semua pekerja dan pemproses data kami yang mempunyai akses terhadap, dan adalah terlibat dalam pemprosesan data peribadi anda, adalah wajib untuk memelihara kesulitan data peribadi anda.
(d) Malangnya, tiada penularan data melalui Internet atau mana-mana rangkaian tanpa wayar boleh dijamin 100% selamat. Sedangkan kami berusaha mengambil langkah yang praktikal dari segi komersial untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak boleh dan tidak menerima bertanggungjawab untuk sebarang akses yang tidak dibenarkan, pemintasan yang haram atau kehilangan data peribadi yang dihantar kepada atau oleh Xamble Creators dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang tindakan pihak-pihak ketiga yang mungkin menerima data peribadi tersebut.

10. DATA PERIBADI KANAK-KANAK DAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG LAIN

(a) Setakat mana data peribadi berkenaan ahli keluarga, suami isteri, tanggungan (sekiranya ada seorang individu), pengarah, pemegang saham, pekerja, wakil ejen (sekiranya anda sebuah badan korporat, entiti atau pertubuhan) dan/atau individu-individu lain telah dibekalkan (atau akan dibekal) oleh anda, anda mengesah bahawa anda telah menerangkan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan dibekal kepada, dan diproseskan oleh, kami dan anda memberi representasi dan jaminan bahawa anda telah memperolehi kebenaran mereka terhadap pemprosesan (termasuklah pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka menurut peruntukan Dasar Privasi ini.
(b) Bagi kanak-kanak (iaitu individu-individu yang di bawah umur 18 atau umur sah di sisi undang-undang seseorang untuk memberi kebenaran menurut peruntukan undang-undang di negara anda) atau individu-individu yang tidak kompeten di sisi undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa atau penjaga di sisi undang-undang atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab serupa ibu bapa kepadanya atau seseorang yang dilantik oleh mahkamah atau oleh mereka untuk menguruskan hal ehwal mereka, atau seseorang dilantik oleh mereka untuk menangani urusan mereka, untuk memberi kebenaran sebagai wakil mereka terhadap pemprosesan (termasuklah pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka menurut peruntukan Dasar Privasi ini.

11. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA KE LUAR NEGARA ANDA

Maklumat, teknologi, simpanan, kemudahan-kemudahan dan pelayan-pelayan kami mungkin terletak di negara-negara lain selain negara anda. Ini bermaksud terdapat situasi yang termasuk, tetapi tidak terbatas kepada, di mana data peribadi anda mungkin disimpan pada pelayan yang terletak di luar negara anda atau dipindah kepada entiti yang berada di luar negara anda. Sila ambil maklum bahawa entiti-entiti asing ini mungkin ditubuhkan di negara-negara di mana mereka mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data peribadi yang sepadan dengan tahap perlindungan data peribadi yang ditawarkan di negara anda di bawah undang-undang yang dikuatkuasa di negara anda. Ekoran itu, anda dengan sesungguhnya memberi kebenaran secara nyata kepada kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar negara untuk tujuan tersebut.

12. PENGGUNAAN INTERNET DAN APLIKASI MUDAH ALIH

(a) Anda mengakui bahawa anda menanggung risiko penuh untuk membekal data peribadi anda kepada kami melalui Internet.
(b) Anda selanjutnya mengakui bahawa sekiranya anda memuat naik / pos sebarang kandungan di profil anda, ianya akan menjadi maklumat awam dan akan disimpan oleh kami walaupun akaun anda telah ditamatkan.
(c) Sekiranya mana-mana bahagian Platform memaut anda ke laman-laman web yang lain, laman-laman web tersebut tidak beroperasi bawah Dasar Privasi ini dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti berkenaan laman-laman web tersebut. Kami mencadang anda membaca dan memahami dasar-dasar privasi laman-laman web tersebut sebelum anda membekal data peribadi anda kepada laman-laman web tersebut.
(d) Kami menggunakan kuki-kuki (sejenis pengecam abjad angka yang kami hantar ke cakera keras komputer anda atau memori kilat peranti mudah alih anda supaya kami dapat mengenal pasti laman pelayar dan peranti mudah alih anda, menjejaki kunjungan anda ke Platform atau mengingati nama pengguna dan/atau kata kunci anda setiap kali anda log masuk). Semua data demografi yang dikumpul melalui kuki-kuki bukanlah data peribadi dan kami boleh menggunakan data tersebut dalam bentuk agregat, statistik dan/atau tanpa nama. Anda boleh melumpuhkan kuki-kuki dengan menukar tetapan anda di laman pelayar atau peranti mudah alih, walaupun ini bermaksud bahawa fitur-fitur tertentu atas Platform tidak akan berfungsi secara baik sekiranya laman pelayar atau peranti mudah alih anda ditetap untuk tidak menerima kuki-kuki.
(e) Sila ambil maklum bahawa semasa anda memasang aplikasi mudah alih kami dan mendaftar atau log masuk Akaun anda di peranti mudah alih, kami akan mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, menurut peruntukan Dasar Privasi ini, setiap kali anda mengaktifkan aplikasi mudah alih kami di peranti mudah alih tersebut. Penggunaan ini termasuklah memautkan data peribadi anda dengan Akaun anda. Kebanyakan platform mudah alih (iOS, Android, dan lain-lain) mempunyai sistem kebenaran yang berbeza untuk mendapatkan persetujuan anda. Platform iOS akan memaklumkan anda pada kali pertama apabila aplikasi mudah alih kami ingin memperolehi kebenaran anda, dan penggunaan anda merupakan persetujuan anda kepadanya.
(f) Platform boleh berintegrasi dengan Saluran Media Sosial anda dan juga alatan berkenaan yang lain yang membolehkan anda berkongsi maklumat dengan kawan-kawan anda atau orang ramai, bergantung kepada Saluran Media Sosial yang anda menjalin dengan Platform. Penggunaan data peribadi anda yang disediakan oleh Xamble Creators oleh Saluran Media Sosial adalah dikawal oleh dasar privasi khas Saluran Media Sosial tersebut dan bukanlah Dasar Privasi ini. Dengan menyambungkan akaun Saluran Media Sosial anda melalui Platform, anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpul data peribadi anda dari Saluran Media Sosial anda tertakluk kepada peruntukan penetapan privasi yang anda telah menetapkan dalam akaun Saluran Media Sosial tersebut dan juga bagi Tujuan-Tujuan yang diperuntukkan bawah Dasar Privasi ini.

13. BUTIRAN-BUTIRAN PERHUBUNGAN

Anda berhak untuk meminta akses terhadap dan untuk membetulkan data peribadi anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan Dasar Privasi ini, atau mempunyai sebarang kueri yang selanjutnya, atau ingin membuat aduan atau memohon akses, pembetulan atau pengehadan data peribadi anda, anda boleh membuat sedemikian dengan menukar penetapan dalam akaun anda bawah kawalan kami atau menghubungi kami melalui:
Name : Joanne Chen
Jawatan : Ketua Pegawai Operasi
Nombor Telefon : +603-2694 8828
Alamat Emel : [email protected]